Bloggerism: A Healthy Outbreak

Mahasiswa Bersama Masyarakat - Day 2 (Siang)

June 10th, 2008 by Jehan

Entri ini adalah kesinmabungan follow-up dari Mahasiswa Bersama Masyarakat - Day 1

Okey, kita sambung!

Ah…dah pagi pun. Hari ni dah bermula khidmat pendidikan, selama 2 hari kat Sekolah Kebangsaan Panching, Kuantan (tempat kami tido la). Fokus kepada budak UPSR, sebab UPSR start dalam bulan 9. Bulan 9? Huih, awal tu. Budak IPTA pun aku ingat belum cuti Mid-Sem lagi.

Ha..program dimulakan dengan pendaftaran pelajar-pelajar. Ehem, pelajar darjah 6, bukan pelajar UTM.

Menyambut adik-adik tersayang di pagar sekolah (padahal kena paksa. Hahaha!)

Membelek-belek dokumen yang dibekalkan kepada setiap pelajar. Macam-macam modul ada. Bertuah mereka. Aku dulu, cikgu tak buat apa pun (maybe ada, tapi aku lupa. Ampun cikgu!)

Salah seorang penceramah menerangkan tentang cara-cara menjawab kertas soalan UPSR dengan betul. Kalau perkataan habis dengan imbuhan ‘kan’, tak perlu letak ‘tentang’ lepas perkataan tu, kecuali ‘makan’. (Duh..) Hehe. Aku pun belajar sesuatu juga tau.

Lan mengisi ruang sela masa antara ceramah dengan sedikit acara ‘mengenakan’ adik-adik. Untuk pengetahuan yang tidak mengetahui, Lan ni adalah mantan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTMKL. Baru je tamat belajar (kira junior kepada junior aku la. Ye ke? Entah, aku pun lost track of count..)

Salah seorang mangsa. Suka hati kau la Lan, jangan sampai menangis budak tu sudah.

Ha…anda tau kenapa aku letak gambar budak ni? Sebab dia chumil sangat! Walaupun aku ni berjiwa yang agak kasar (orang cakap le..), tapi budak ni memang chumil sangat. Hehe. Nama dia, well, kalau tak nampak, maknanya tempoh hayat anda adalah lagi 2 Jumaat (hehe…jangan marah). Lepas je habis kenakan adik-adik, kami rehat untuk makan tengahari dan solat.

Lepas rehat dan mengenyangkan mana yang patut, para fasilitator buat game yang dinamakan ‘Pulau Impian’. Apa benda game ni? Aneh betul nama.

Basically, setiap group yang dipantau oleh 2 orang fasilitator akan diberi beberapa batang pen ‘marker’, sekeping kertas mahjong (siapa la bagi nama kertas ni..?), dan sebiji otak yang memang sudah terpasang dalam kepala masing-masing, untuk melukis sebuah pulau impian. Letak la apa pun yang mereka nak dalam pulau tu. Hatta sekolah memandu sekalipun. Kira anggap diri mereka persis Donald Trump.

Adik-adik mula melukis. Kat sini, macam-macam tahap kekreatifan boleh dilihat. Ada yang melukis macam seorang arkitek, perlukan pembaris dan segala macam alat ukuran ketepatan (boleh pulak mereka minta aku punya penutup lens untuk buat bulatan? Banyak cantik…). Ada pula melukis persis Picasso, yang mana aku lagi faham pabila seekor ayam yang melukis daripada mereka yang lukis.

Pelbagai premis juga yang mereka letak. Rumah banglo, shopping complex, restoran, hotel, malah sekolah pun ada. Sekolah? Hehe, siapa yang impikan sekolah di pulau mereka kalau gadis ala Angelina Jolie duduk sebelah rumah?

Ini adalah hasil daripada salah satu kumpulan. Ha…lupa nak cerita. Aku ada tanya seorang adik ni, “Adik, ni bangunan apa?”

Adik: Ni la bank, abang.

Aku: Kenapa letak bank kat pulau adik?

Adik: Apa la abang ni. Kalau nak shopping, mesti la pakai duit. Bank tu untuk keluarkan duit la.

Aku: … (terkesima sebentar)

Nasib baik mereka masih darjah 6, belum mengerti apa-apa tentang institusi kewangan negara. Jikalau tandatangan kau sekalipun pada setiap wang kertas Malaysia, apa kau fikir duit itu semua kau punya?

Game habis kira-kira jam 5 petang, kerana kami ingin membuat persiapan untuk majlis perasmian di waktu malam. Ha…inilah akibatnya aku tak menggunakan ‘lens hood’. Habis gambar dicemari oleh ‘flare’.

Okey, nanti bersambung untuk majlis perasmian pada malam hari pula. Stay tuned!

Similar Posts:

Posted in Photojournalism |

Leave a Comment

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.