Bloggerism: A Healthy Outbreak

Mahasiswa Bersama Masyarakat - Day 1

June 5th, 2008 by Jehan

Masa 28 Mei sampai 2 Jun hari tu, aku ikut budak2 UTMKL pegi program anjuran diorang dekat Kuantan, Pahang. Specifically, kawasan DUN Paya Besar.

Program ni sebenarnya adalah joint-venture 3 program lain, iaitu Aspirasi, BAKSIS (Bakti Siswa), dgn KASIH (ntah x tau jgn tanya aku). Yang Aspirasi dengan BAKSIS tu under SMART (Students of Management & Accounting Resources Technology) (weh, salah kalu, bagitau aku la.) Yang KASIH tu under KSS a.k.a Kediaman Siswa Semarak a.k.a jugak Kolej 1.

Budak2 SquadPhoto pun ada follow gak. Tambah aku, 10 orang. Kitorang pecah 3 group. 4 orang pergi KASIH, 3 pergi Aspirasi, 3 pergi BAKSIS. Aku pergi BAKSIS. Dengan Isz and Adila skali (memula aku ingat Adila Shariman, rupanya Adila Poker yg pergi. Hehe.)

Okey, on to pictures.

Ni adalah budak2 KSS, tengah check barang diorang cukup ke tak.

Aku naik trip petang. Trip pagi budak Aspirasi, sebab diorang kena naik lori masuk ke kawasan Orang Asli. Bas tak boleh nak masuk. Trip petang pulak pecah dua. Satu pergi BAKSIS, satu pergi KASIH. Aku naik bas Sidek Kanopi. Lama gak aku perasan company ni. Siapa la Encik Sidek ni ek? Kencang betul bisnes dia.

Lepas 10 minit kitorang meninggal meninggalkan kampus, bas UTM berhenti jap isi minyak dekat Petronas Setiawangsa. Untuk pengetahuan yang tak tahu, pakcik ni garang woo!

Akhirnya, kami meninggal meninggalkan tol Gombak. Tadi memula budak-budak ni bising macam baru first time jumpa bas. X sampai tol lagi, sume sudah landing baik punya. Aku pun xde apa nak buat, so main kamera je la.

Lepas sejam setengah perjalanan, kitorang stop kat R&R Temerloh. Sejam setengah? Apsal lama sangat, korang tanya? Ye la, kitorang naik bas yang fully loaded, bukan naik Ferrari. Lagi la time nak naik bukit. Lembab cam cipan bunting. Aku ingat kucing aku lari lagi laju.

Lepas rehat lebih kurang 30 minit, kitorang sambung trip. Sampai la ke malam. Siap sesat lagi ke Terengganu! Ape cer?

Ceritanya gini. Ada la 2 orang budak pompuan ni guide. Die kata masuk tol Tanjung Pasir. Tapi aku x pernah la pulak dengar ada tol nama Tanjung Pasir. Tapi aku diam je la. Ye la, mane tau, baru siap semalam ke tol tu. Pakcik bas tu dah nak masuk dah tol Kuantan, tapi depa kata bukan masuk situ.

Pakcik tu pun terus je la jalan. Lepas lebih kurang 20 KM, aku nampak satu benda yang boleh bikin pakcik bas sakit hati, iaitu signboard ‘Sempadan Negeri Terengganu Darul Iman’. Dalam hati aku cakap, “Hehe, ni kang ada yang kena terajang dgn pakcik bas ni.”

Lepas pakcik bas dgn budak 2 org tu tersedar yg kitorang dah sesat, pakcik tu dgn rasa cam nak lempang orang nya terus masuk tol Jabor. Jabor! Name unik gila. First time kitorang dengar daerah nama Jabor. Majoriti budak2 x pernah dengar. Eleh, orang Pahang dgn Ganu sendiri pun x pernah tau ada wujudnya Jabor!

Sebab nama dia best sangat, aku dengan budak2 SquadPhoto yang lain mengisytiharkan dengan rasminya bahawa Kelab Fotografi UTMKL adalah duta rasmi Jabor ke Kuala Lumpur. Hehe.

Lepas U-Turn kat tol Jabor, n lepas masuk tol Kuantan n tunggu lebih kurang 20 minit, kitorang pun sampai. Kat mana? Kat Sekolah Kebangsaan Panching. Kat mana tu? Ha…yang pasti bukan kat Jabor la. (orang Jabor jgn marah aku eh? Hehe.) Masing-masing muka dah ceria sket. Ye la, siapa x lebam duk dalam bas lame2? Kitorang disambut oleh AJK BAKSIS yang dah gerak awal pagi tadi. Depa tumpang bas Aspirasi.

Ha…nampak besen kuning tu? Tu la dinner kitorang. Mi Maggi perasa kari sebanyak 35 bungkus dimasak serentak. 35? Pergh, boleh botak kepala makan tu. Entah celah mana diorang rembat Maggi banyak2 tu.

Untuk mengelakkan rasa terhina sebab makan Maggi je malam tu, chef2 kat dapur pun tabur la sedikit sayur kobis. Kire kitorang makan Mee Kari Kobis la malam tu (sedap sikit nama). Rase cam kembali ke skolah asrama balik. Makan Maggi ramai-ramai dalam baldi. Hahahaha!

Muka2 kelaparan. Yang duk termenung tu Isz, budak Foto. Dia tgh tunggu ramai2 queue.

Ha…ni la rupanya 35 bungkus Maggi kalau masak serentak. Campur kobis sikit.

Dah abis bertarung dengan Maggi, Pengarah BAKSIS, Mr Zahid, buat briefing sikit kat para fasilitator. Time ni, mata masing-masing dah berat semacam. Lepas habis briefing, semua pantas berlari ke bilik dan landing dengan selamatnya.

Okey, nanti sambung Day 2 pulak. Stay tuned!


Similar Posts:

Posted in Photojournalism |

Leave a Comment

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.